Tuesday, August 6, 2013

Laut.


        Aku membesar dan melihat. Aku juga punya mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan hati untuk merasa. Ye, memang aku kelihatan keras, tidak hormat dan berhati batu.Tapi pernah kau terfikir, kenapa? Cukuplah. Aku tak nafikan ade juga baiknya kau ni. Tapi bila dah terlalu lama, yang buruk itu makin jelas terserlah. Tanggungjawab aku cukup sekadar untuk ibu bapaku. Berilah mereka ruang, beri mereka rehat. Hak kau untuk marah, memendam rasa katanya. Hey, selama ni kau malaikatkah? Hati yang tua itu berapa kali kau jentik? Sedangkan dia masih sabar. Malah aku juga disuruh sabar, malangnya aku sudah dewasa. Kau juga perlu belajar hormat yang muda kerana usia kau kelihatan tak sepadan dengan tingkah laku kau. Herdiklah aku, makilah aku. Buat apa yang kau suka. Aku tak peduli. Kerana kau bukan siapa-siapa. Mereka yang ber 'bin' dan ber 'binti' kan Abu Bakar tidak penah sesekali buat apa yang kau buat, maka kenape aku perlu ambil peduli mengenai kau? Biadap didalam rumah itu sendiri, mungkin hati yang tua itu kau boleh berkata maaf. Untuk aku, tiada maaf bagimu.

No comments:

Post a Comment